IMIC

Lawatan peserta ke IMIC (Iskandar Malaysia Information Centre)

Untuk Program Bridging kali ini, peserta-peserta kursus dibawa ke IMIC (Iskandar Malaysia Information Centre) yang terletak di Pusat Konvensyen, Teluk Danga. IMIC mula beroperasi pada tahun 2010 dan menyediakan pelbagai jenis maklumat dan penerangan untuk pengetahuan umum. 


Penerangan awal diberikan oleh staf IMIC, iaitu En. Mohd. Yusri. Antara perkara yang dibentangkan termasuklah peranan Iskandar Malaysia dalam pembangunan negeri Johor dan flagship yang terkandung dalam Wilayah Iskandar.

5 flagship IRDA
 
Peserta sedang khusyuk mendengar taklimat

Iskandar Malaysia mempunyai 4 bahagian utama, iaitu Rekreasi, Gaya Hidup, Pekerjaan dan Pelaburan. Justeru ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat anda membuat pelaburan, bermastautin dan menjalani gaya hidup yang selesa. Iskandar Malaysia merupakan tempat terbaik untuk anda bekerja kerana ia menyediakan pelbagai insentif menarik di samping penawaran tenaga kerja, sumber komoditi dan pentadbiran yang pasti akan dapat membantu perniagaan anda.

Sesuai dengan peranannya sebagai Pusat Sehenti Wilayah Iskandar, terdapat pelbagai teknologi yang diaplikasikan di IMIC. Tiada lagi papan-papan tanda dengan kertas sebagai pemberitahuan, IMIC menyediakan pelbagai jenis skrin dan TV LCD sebagai wadah penyampaian maklumatnya. Kebanyakan penerangan diberikan dalam bentuk video dan interaktif. Pengunjung hanya perlu memilih apakah maklumat yang diperlukan. 

Skrin penyampai maklumat



 IMIC juga dilengkapi dengan teknologi terkini dalam ICT. Pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis games yang interaktif seperti Nintendo Wii, permainan pelaburan dan sebagainya. Anda juga boleh melihat sendiri kecanggihan teknologi IT menggunakan projektor dan skrin yang boleh menghasilkan imej dan video yang mengagumkan.

Selain itu, bagi yang gemarkan kegiatan lasak, anda boleh mencuba simulator helikopter. Anda akan rberasa seolah-olah berada di kokpit helikopter dan menerbangkannya. Melalui simulator ini, anda boleh menikmati permandangan Wilayah Iskandar dari udara. Selain itu terdapat juga simulator bot Ramsar dimana anda akan dibawa secara maya menelusuri Sungai Pulai. 

Simulator helikopter



IMIC yang berperanan sebagai pusat pemberi maklumat seharusnya diambil kesempatan oleh UTM untuk turut sama mempromosi teknologi dan kejayaan UTM sebagai Research University. Terdapat sedikit sahaja maklumat tentang UTM yang boleh diperolehi di IMIC. Justeru, rasanya adalah sangat sesuai jika UTM juga diberi satu sudut untuk mempamerkan kemajuan teknologinya. UTM boleh mempamerkan pelbagai prototaip jentera yang telah dimajukan sebagai tarikan kepada pengunjung. Sudut UTM ini juga boleh menyediakan maklumat universiti bagi menarik pengunjung untuk belajar di UTM. UTM juga boleh mengetengahkan hasil kajian (research) yang diiktiraf bagi menarik minat pelabur untuk mengkomersilkan produk tersebut. Dengan cara ini, barulah UTM boleh turut sama maju bersama IRDA sesuai dengan kedudukannya yang terletak di Zone E Wilayah Iskandar.


No comments:

Post a Comment