Teknologi Cloud Computing

Situasi 1

Anda pulang ke kampung halaman untuk menghadiri kenduri. Ramai saudara-mara berkumpul, ambil gambar sana sini untuk dijadikan kenangan dan dikongsi di Facebook. Anda turut inginkan gambar-gambar peristiwa sepanjang kenduri tersebut dari sepupu-sepupu anda. Anda hanya ada pendrive 2G yang penuh dengan pelbagai fail penting yang tidak boleh dipadam. Yang pasti, anda tidak dapat 'save' gambar-gambar tersebut dalam pendrive anda.

Situasi 2

Anda ingin menghantar email kepada seorang rakan. Malangnya fail tersebut terlalu besar dan melebihi limit yang dibenarkan oleh server email anda. Bagaimana anda boleh menghantar fail tersebut kepada rakan anda?

Situasi-situasi di atas seperti pernah dialami dan boleh berlaku kepada anda. Jika situasi di atas berlaku, apakah yang boleh anda lakukan?

Terima kasih kepada teknologi Cloud Computing yang baru diperkenalkan dalam dunia teknologi maklumat. Cloud Computing adalah salah satu konsep penyimpanan data dalam saiz yang lebih besar di atas 'awan'. Mengapa awan? kerana pengguna-pengguna penstoran jenis ini boleh menyimpan dan mencapai data dari alam maya. Tidak kira masa dan tempat, jika terdapat jaringan internet di tempat anda, maka anda boleh menyimpan dan mencapai data anda tanpa perlu membawa pendrive, hard disk, CD-R dan kaedah-kaedah storan data yang lain.

Antara aplikasi Cloud Computing yang popular kini ialah Dropbox. Anda hanya perlu mendaftar dan mencipta satu akaun dan anda akan diberikan 2G storan percuma! Anda boleh memiliki akaun dropbox anda dengan mendaftar di sini.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan teknologi ini. Antaranya ialah:

a. Kurang sensitivity (kerahsiaan) - Penyimpanan data di alam maya lazimnya tertakluk kepada terma dan syarat pemberi khidmat. Data-data yang anda simpan terdedah kepada para hackers dan boleh dicerobohi. Risiko semakin meningkat jika anda menyimpan dan mencapai data dari komputer awam. Oleh itu, pastikan anda logout selepas login dan clear cache setiap kali ingin meninggalkan komputer awam yang anda guna.

b. Bila jaringan internet tiada - Jika anda berada di kawasan terpencil atau di tempat-tempat tiada akses internet, maka anda tidak dapat menggunakan teknologi ini. Tiada akses internet, maka capaian dan simpanan data tidak boleh dilakukan.

Kredit gambar dari Google


No comments:

Post a Comment