Wednesday, February 20, 2013

Selamat datang..


Blog ini ditubuhkan untuk dijadikan panduan kepada mana-mana kakitangan kerajaan yang berpangkat Pembantu Makmal. UTM sedang dalam proses untuk menjumudkan semua jawatan Pembantu Makmal di dalam universiti selaras dengan kedudukannya sebagai sebuah universiti awam berprestij. Jawatan Pembantu Makmal didapati tidak lagi relevan dengan tugas yang mereka lakukan. Pembantu Makmal universiti mempunyai tahap kemahiran yang lebih tinggi berbanding Pembantu Makmal yang berkhidmat di sektor awam lain. Justeru, JPA dan UTM sama-sama bersetuju untuk menaikkan taraf Pembantu Makmal kepada Penolong Pegawai Sains sesuai dengan senarai tugas mereka di makmal.

Dalam usaha penaiktarafan ini, seseorang Pembantu Makmal yang berminat hendaklah memenuhi beberapa syarat universiti dan JPA. Salah satu dari syarat kenaikan ini ialah Pembantu Makmal tersebut hendaklah lulus Kursus Peralihan Pembantu Makmal C17 ke Penolong Pegawai Sains C27 atau turut dikenali sebagai Program Bridging. Kursus ini adalah setaraf diploma dan peserta perlu lulus setiap sesi yang dianjurkan.

Di UTM, kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar. Terdapat sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan terdiri dari para kakitangan akademik dan pegawai bagi membuat modul, format dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh para peserta. Setelah peserta lulus Program Bridging ini, mereka mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat jika terdapat kekosongan jawatan Penolong Pegawai Sains di UTM.



No comments:

Post a Comment